kemahiran lokomotor

PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR DENGAN MANIPULASI ALATAN.

PENGENALAN

Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan.

Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun dan pusing-putar.

2.1 Lokomotor

Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-
1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki )
4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )
5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki
berselang seli )

Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :
1. Skip
2. Galop
3. Melongsor

   

2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-
1. Meregang
2. Memusing
3. Membongkok
4. Menghayun
5. Menolak
6. Menarik
7. Mengilas
8. Bangkit
9. Rebah
10. Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya

Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan
merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya, pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan di atas :-
1. Merangkak = membongkok + berjalan
2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih
langkah berjalan atau berlari
3. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong
4. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan

2.3 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.

Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-
i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak, memukul,
mengumpan dan merejam
ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul

Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.

Advertisements

anatomi dan fisiologi

1.0PENGENALAN ANATOMI DAN FISIOLOGI
1.1AnatomiAnatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasaldaripada perkataan Greek yang bermaksud
memotong
atau
membelah anggotabadan
untuk melihat strukturnya.Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomikasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yangdapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomimikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.1.2FisiologiAnatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan.Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia danfibula dapat menyokong berat badan kita.1.3Organisasi Struktur ManusiaTubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom danberada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabungsesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Selmerupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagaipengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism danmengeluarkan CO
2
daripada tubuh manusia.Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsikhusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisuepitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf.
 ANATOMI DAN FISIOLOGI
Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripadagabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenistisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabunganbeberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugas-tugas tertentu sepertiorgan-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah arasorganisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapaikesejahteraan kehidupan
Rajah 1: Aras Kompleksiti Struktur Manusia
2

jom berjoging

5 Teknik Betul Berjoging

Filled under : Info Kesihatan dan Pemakanan

Assalamualaikum kawan, petang ni apa plan, macam biasa la kan, ada yang dok men FB, ada yang main game dan pelbagai lagi aktiviti. Sebenarnya petang2 macam ni elok la kita pergi bersukan kt luar, kasi peluh tu keluar sikit, kesian peluh tu terperangkap dalam badan tu.. huhu..

sy macam biasa lah petang macam ni mesti la main sukan biasa, FUTSAL. Court kt sebelah umah je kan, so senanglah nk keluar bermain, sehari tak main memang otak ni rasa lain, tak tahu la npe, senang cite perkara wajib la dalam diri ni. Malangnya kelmarin, kaki ni injured plak, kaki 3 KALI tersepak simen.. haha..ibu jari membengkak, macam mana la jadi macam tu kan, p da biasa kena mcm ,so xde masalah pun, hujung minggu ni ada tournament plak, so nk bagi kaki ni rest dulu la…

so hari ni sy joging je sorang2, dan sy nk share la info yang baru saya dapat ni.. 5 Teknik Betul Berjoging, Jom sama2 kita baca dan praktikkan..

  • Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.
  • Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit.
  • Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan menghembusnya melalui mulut.
  • Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.
  • Pastikan berlari atas permukaan selesa, yang membolehkan anda berbicara dengan rakan pada masa yang sama. [SUMBER]                                   

So, apa lagi, baca sudah, kene praktikkan pulak, jom ikut sy berjoging petang ni, sy tunggu kt bawah okay.. JOM !!!.. Bersukan Gaya Hidup Sihat!!!

Amalkan makanan seimbang

MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan 
Protein ialah bahan makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.